Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MEMPERINGATI 11 TAHUN TRAGEDI KAPAL MAVI MARMARA – KENYATAAN MEDIA PPIM – 01/06/2021
01 Jun 2021

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam tidak akan sesekali melupakan tragedi berdarah yang telah dilakukan oleh Zionis Israel terhadap masyarakat awam dalam peristiwa serangan ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei2010 lalu.

Dalam insiden serangan kejam itu, tentera rejim Zionis tanpa sebarang notis telah menceroboh dan menyerang Mavi Marmara, sebuah kapal Turki konvoi Flotila yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza sehingga mengakibatkan 16 orang terbunuh termasuk sembilan aktivis Turki manakala 30 orang lagi turut tercedera.

Meskipun genap 11 tahun tragedi berdarah itu telah berlaku, peritnya masih diingati oleh setiap masyarakat Islam di seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, toqqi@nadzim johan dalam satu sesi diskusi siaran langsung menerusi akaun Facebook PPIM berpesan, masyarakat Islam perlu berpegang teguh dengan prinsip yang seutuhnya dalam membantu saudara sesama Islam yang sedang ditindas. Tanpa pegangan akidah yang kuat, tidak mungkin masyarakat Islam kini dapat bersatu dalam melawan segala bentuk kekejaman Zionis Israel.

“Disebabkan kita terlalu lemah, kita selalu dihina. Jika soal akidah juga boleh digugat, sedar atau tidak sedar kita sebenarnya telah mengundang sendiri penjajahan dalam diri kita” Kata beliau dalam sesi diskusi yang telah berlangsung semalam.

Turut hadir, Ketua Pasukan Asia Tenggara Frotilla, Dr Noorazman Mohd Samsuddin serta Dato Hishammudin Hashim yang merupakan Setiausaha Agung MHO telah menceritakan kembali detik-detik keperitan tragedi berdarah itu semasa mereka menyertai misi kemanusiaan Kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 yang lalu.