Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MESYUARAT KHAS PLAN MEMPERKASAKAN GABUNGAN DEMI ISLAM DAN UMMAH – PPIM – 11/07/2019
11 Jul 2019

Baru-baru ini telah berlangsung satu mesyuarat khas Plan Memperkasakan Gabungan Demi Islam dan Ummah di Menara World Wellness, Petaling Jaya.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang isu produk halal, penyediaan, pembungkusan, penjualan dan juga perkhidmatan.

Mesyuarat juga telah mendengar pembentangan ringkas mengenai Halal Mall dari Encik Zainal Baharuddin, Penasihat Ekonomi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Panel juga telah membincangkan gabungan usahawan muslim melalui Halal Mall di bawah pengendalian PPIM.

Turut hadir adalah Prof. Dato Dr. Noordin Darus, Pengerusi Eksekutif WorldWellness, Puan Ismaliza Ismail, Pengarah Urusan Ell Medina Catering & Trading, Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa, Pengarah Universiti Putra Malaysia dan Tuan Ya’akob Wan Harun, Pengerusi Eksekutif 7 Sanaabil International Sdn Bhd.