Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MESYUARAT SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK AWAM BERHUBUNG PENUBUHAN OMBUDSMAN MALAYSIA – BPA – 14/06/2019
15 Jun 2019

En. Zainal Baharuddin, Penasihat Ekonomi PPIM dan En. Mat Ramlee Buang, Pembantu Khas (Biro Agama) Pejabat Ketua Aktivis PPIM telah mewakili PPIM untuk menghadiri satu sesi libat urus Biro Aduan Awam bagi membincangkan penubuhan Ombudsman Malaysia di Jabatan Perdana Menteri pada 14 Jun 2019 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) dan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis Peguam Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan awam dan cadangan “input” berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia.