Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MUDAHKAN RAKYAT BUAT ADUAN KEGIATAN JUDI – UTUSAN MALAYSIA – 17/06/2019
17 Jun 2019

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram.

Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data-data butiran mereka terlibat dalam kegiatan itu dikumpul dan dikenal pasti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan hari ini berkata, PPIM sudah lama menyuarakan kembimbangan terhadap penularan masalah sosial dan bersetuju dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Semangat dan dedikasi Hamid dalam menentang gejala sosial itu amat dipuji.

“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PPIM sedia berkongsi maklumat dan bekerjasama bagi membanteras judi dan jenayah lain di negara ini.

“Kami menyokong 100 peratus usaha itu yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah.

“PPIM berpendapat kempen bersungguh-sungguh membanteras sindiket judi haram hingga ke akar umbi perlu disambut dengan kerjasama oleh semua rakyat Malaysia bagi menentukan perkara ini dapat ditangani,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

MUDAHKAN RAKYAT BUAT ADUAN KEGIATAN JUDI

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mudahkan-rakyat-buat-aduan-kegiatan-judi-1.919084