Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MUSTAPHA TERIMA ANUGERAH TOKOH ANTARABANGSA – KOSMO – 2/1/19
02 Jan 2019

Kosmo ( Mustapha terima anugerah tokoh NGO antarabangsa ) 2.1.19

KUALA LUMPUR – Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan serta Tokoh NGO Antarabangsa atas sumbangan berterusan 20 tahun membantu fakir miskin di Kemboja.

Pengiktirafan tersebut diberikan penduduk Kampung Pak Phou Steam, Daerah Kampung Cham dan NGO Muslim Kemboja dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung itu baru-baru ini bagi menghargai usaha Mustapha yang telah berusaha membangunkan fasiliti dan pendidikan penduduk kampung itu.

Mustapha dalam kenyataannya berkata, beliau menghargai penghormatan yang diberikan penduduk kampung itu dan tidak menjangka akan diberi pengiktirafan tersebut.

“Saya bermula di sini sejak tahun 1999 apabila saya datang ke Kemboja dan projek utama saya adalah membina perigi untuk penduduk mendapatkan air bersih. Waktu itu kehidupan amat sukar, mereka (penduduk) di situ miskin dan yang menjadi keutamaan untuk kesihatan ialah air.

“Kemudiannya saya membina masjid, sekolah, surau dan melakukan pelbagai aktiviti lagi. Saya amat terharu atas penghormatan ini dan (penghargaan) ini bukan buat saya, tetapi buat rakyat Malaysia yang prihatin,” katanya.

Mustapha turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya penderma atas sumbangan yang diberikan bagi membolehkan beliau melaksanakan kerja kebajikan tersebut. – Bernama

 

Artikel Oleh : Kosmo

MUSTAPHA TERIMA ANUGERAH TOKOH ANTARABANGSA