Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NAK BEBAS CUKAI ARAK DI PANGKOR, PROMOSILAH JUGA DI TADIKA – ISMAWEB – 20/12/2019
21 Dec 2019

BANGI, 23 Rabiulakir 1441H, Jumaat – “Kalau arak baik, promosilah di tadika atau sekolah rendah,” sindir ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing bahawa minuman keras sedia dipertimbangkan untuk dijual di Pulau Pangkor yang bakal diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Januari 2020.

“Mungkin akan ada tempat-tempat tertentu yang boleh (jual) atau jika tiada permintaan, kita takkan jalan atau benarkan arak sebagai barangan bebas. Setakat ini, arak sahaja tidak disenaraikan dalam barangan bebas cukai,” katanya.

Walaupun belum dimuktamadkan, Datuk Nadzim berkata, minuman memabukkan itu yang jelas tiada sebarang kebaikan diperoleh melalui promosinya, hanya menambahkan beban kemudaratan kepada rakyat.

“Jadi, benda yang tak sesuai dalam masyarakat, yang boleh kena saman, kalau mabuk boleh jadi rosak dan kena langgar mati, tak perlulah dipromosikan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Pada masa sama, Datuk Nadzim berkata, pihaknya hairan kerana rokok elektronik (vape) telah diharamkan, namun arak tidak pula diharamkan.

“Kita semua tahu rokok tak beri manfaat, tetapi kita tak pernah jumpa lagi orang mati disebabkan hidu asap rokok. Tetapi, orang minum arak memang beri kesan buruk kepada pengguna jalan raya lain hingga bawa mati disebabkan mabuk,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat banyak barangan lain yang wajar dijadikan item bebas cukai selain arak.

“Ini negara Islam dan kenapa perlu ada benda-benda seperti ini? Kenapa perlu ada benda yang bercanggah dengan hukum Islam?,” soalnya.

Artikel oleh: Ismaweb

NAK BEBAS CUKAI ARAK DI PANGKOR, PROMOSILAH JUGA DI TADIKA

https://www.ismaweb.net/2019/12/20/nak-bebas-cukai-arak-di-pangkor-promosilah-juga-di-tadika/