Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NGO gesa polis wujudkan aplikasi telefon pintar – Utusan Malaysia – 17/2/2017
17 Feb 2017

 

utusan malaysia 17.2.2017.jpg 2

1

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Serbuan, aduan dan laporan polis me­ngenai lambakan premis mesin judi haram telah dilakukan oleh pelbagai pihak, namun kegiatan tersebut masih berleluasa.

Lebih menyedihkan apabila orang awam yang memberi maklumat dan membuat aduan polis mengenai kegiatan tersebut diancam keselamatannya serta dikenakan tindakan undang-undang.

Justeru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak polis mewujudkan satu aplikasi telefon pintar bagi membolehkan orang awam melaporkan aktiviti perjudian di kawasan mereka.

 Pengerusi Gerakan Banteras Aktiviti Haram, Muhammad Yusof Azmi berkata, aplikasi tersebut berupaya memantau masalah sosial itu sebelum maklumat berkaitan disalurkan kepada pi­hak berkuasa untuk tindakan.

“Kami mengetahui memang terdapat banyak sistem aduan telah diwujudkan, malangnya semua sistem itu dilihat tidak fokus dalam membuat aduan mengenai sindiket perjudian.

“Berbeza dengan aplikasi te­lefon pintar ini kerana memberi ruang kepada pengadu untuk memberi maklumat dengan me­nyatakan alamat premis judi ha­ram dan mengambil gambar lokasi ia beroperasi sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama beberapa NGO lain yang diwakili Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Izham Nayan; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Duta Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, Mohd. Khairul Sabli.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu Presiden Gabu­ngan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Rosli Sulaiman.

SUMBER DARI : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ngo-gesa-polis-wujudkan-aplikasi-telefon-pintar-1.445346