Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NGO ISLAM BERI SOKONGAN KEPADA JIHAD EKONOMI PPIM – PPIM – 28/5/18
29 May 2018

KUALA LUMPUR 28 Mei – Pergerakan-pergerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam baru-baru ini telah menyatakan sokongan terhadap jihad ekonomi yang telah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sokongan terhadap Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat yang di jalankan oleh Impian bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu telah dinyatakan dalam persidangan NGO-NGO Islam yang diadakan di di sini kelmarin.

WhatsApp Image 2018-05-28 at 6.58.10 PM

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, persidangan anjuran Persatuan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) diadakan bagi membincangkan mengenai isu-isu kepenggunaan khususnya yang berkait rapat dengan umat Islam.

Justeru, jelas beliau, PPIM telah membuat satu pembentangan mengenai Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang sedang dijalankan persatuan dan akan disertai oleh  Lembaga Zakat Selangor itu kepada wakil-wakil NGO Islam yang hadir pada persidangan tersebut.

“Isu ekonomi merupakan satu perkara besar yang mempunyai kesan langsung terhadap kepentingan pengguna khususnya yang beragama islam yang juga merupakan antara kelompok terbesar pembeli dan pembekal barangan serta perkhidmatan.

WhatsApp Image 2018-05-28 at 6.58.12 PM

“Ekonomi Islam tidak terkongkong hanya di Malaysia, perkara ini turut melibatkan kepentingan ummah di peringkat global menjadikannya satu isu yang tidak boleh dipandang remeh,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Nadzim turut mengutarakan untuk cadangan memperluaskan keahlian Gerakan Tunai Zakat (GTZ) yang bergerak seiring dengan kempen yang bakal dilancarkan pada 29 Mei 2018 di Masjid Ar Rahah, Kg Kerinchi.

Menurut beliau persidangan berkenaan secara sebulat suara telah menyatakan sokongan mereka terhadap usaha yang dijalankan itu.

WhatsApp Image 2018-05-28 at 6.58.13 PM

WhatsApp Image 2018-05-28 at 6.58.14 PM (1)

SPPZ merupakan satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para peniaga Islam membayar zakat dengan pusat pusat pungutan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Usaha ini dijalankan bagi memastikan setiap kutipan zakat yang dibuat dapat disalurkan dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan sampai kepada kelompok asnaf yang disasar secara menyeluruh. – UNIT MEDIA PPIM