Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NGO NEGARAKU KUMPUL SUMBANGAN DIGITAL – SINAR HARIAN – 13/2/18
13 Feb 2018

Sinar ( NGO Negaraku kumpul sumbangan digital) 13.2.18

 

KELAB Sahabat Persaudaraan (KSP) memperkenalkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai NGO Negaraku bagi membolehkan ahli menikmati pelbagai keistimewaan menarik.

NGO Negaraku yang dilancarkan dalam Program Komuniti Digital NGO Negaraku mempunyai pelbagai aplikasi bersesuaian untuk digunakan NGO dan ahli termasuk mengumpul derma dan sumbangan secara digital bagi membantu antara satu sama lain mengikut keperluan, selain menikmati pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik.

Pengasasnya, Dr Mohd Zamri Noordin berkata, aplikasi mudah alih tersebut dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO, khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usaha sama dan penawaran berkelompok.

Katanya, aplikasi itu hanya boleh diakses pemegang kad NGO Negaraku sahaja bagi menikmati faedah yang ditawarkan.

“Ia dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyarakat khususnya kalangan ahli-ahli NGO dan koperasi.

“Program  Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat berganda,” katanya.

Sebagai permulaan, katanya, 30,000 kad NGO Negaraku diedar secara percuma kepada 50 NGO dan koperasi yang menyertai program tersebut.

Sementara itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku, Dr Nur Hadi berkata, penyampaian mesej program itu turut dipapar melalui reka bentuk kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat bersatu.

Pada peringkat pengenalan, beberapa syarikat mengambil bahagian memberi tawaran harga terbaik antaranya Ezide, Kaspersky dan Comfort Reflexology

Artikel Oleh : Sinar Harian

NGO NEGARAKU KUMPUL SUMBANGAN DIGITAL

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ngo-negaraku-kumpul-sumbangan-digital-1.797464