Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ORANG ISLAM ADA HAK TENTU ACUAN AGAMA SENDIRI : TPM – BERITA HARIAN – 16/12/2016
16 Dec 2016

BERITA HARIAN 16.12.2016

Umat Islam perlu mengenepikan perselisihan politik yang boleh merugikan tetapi perbezaan itu harus diurus dengan hikmah dan bijaksana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tafsiran perpaduan tidak seharusnya dengan penggabungan parti politik sahaja tetapi ia boleh dipromosi agenda kebersamaan melalui pelbagai cara yang disepakati.

Katanya, Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) contohnya satu medium terbaik yang boleh mendengar, meneliti, dan mendengar pandangan semua pihak, serta boleh dijadikan medan untuk memastikan hala tuju politik dan undang-undang Islam di negara ini dapat disenergikan secara bersama.

“Keegoan poltik dan perbezaan pendapat ini harus diketepikan untuk kepentingan bersama, kita mahu apa yang dilakukan jangan diprejudiskan atau dipandang berat sebelah.

“Ini kerana, kita mahu hasrat kebersamaan ini dapat diterjemahkan satu hari nanti, InsyaAllah kita akan teruskan usaha untuk melakukan penyelidikan secara mendalam bukan sahaja dari segi akademik tetapi praktikal dalam dunia tanpa sempadan ini,” katanya ketika berucap di perasmian Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebanyak lapan resolusi kluster perundangan dan sembilan resolusi kluster politik dibentangkan pada multaqa yang berlangsung selama sehari itu.