Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PANTAU LESEN PEMAJU, SIJIL ARKITEK – PPIM – BH ONLINE – 25/11/2016
25 Nov 2016

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan memantau perkhidmatan bank terhadap pemaju dan arkitek dalam isu pembelian rumah tidak siap.

Ini termasuk pemantauan dari segi lesen pemaju dan sijil arkitek kerana kebanyakan kes dikesan membabitkan kedua-dua dokumen penting itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima lebih 100,000 aduan pengguna berhubung isu itu yang membabitkan pemaju dan arkitek mempunyai lesen serta sijil palsu hingga merugikan pengguna.

“Mereka boleh dikategorikan sebagai muflis kerana perlu membayar kepada bank walaupun rumah dibeli tidak dapat diduduki berikutan tidak siap.

“Dua minggu lalu, ada kes seperti ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan tetapi mahkamah memutuskan bank tidak perlu membuat tuntutan kepada pemaju dan arkitek, sebaliknya pengguna perlu membayar kepada bank susulan masalah itu,” katanya pada sidang di sini, hari ini.

Beliau berkata, isu seperti ini menganiaya pengguna yang terpaksa bertanggungjawab terhadap perkara yang tidak dilakukan.

Katanya, PPIM mencadangkan pihak berkuasa termasuk bahagian pelesenan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan pemaju yang mempunyai lesen sah dalam pembinaan rumah.

Pakar rujuk PPIM, Sheikh Abdul Kareen Said Khadaied, berkata bank bertanggungjawab perlu memeriksa sama ada pemaju dan arkitek mempunyai dokumen penting sah sebelum memulakan pembinaan.

“Mereka boleh merujuk kepada persatuan arkitek atau mendapatkan senarai pemaju yang mempunyai lesen sah supaya tidak timbul isu perbankan menafikan hak pengguna ini,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216395