Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PANTAUAN BERKALA IKUT SOP – HARIAN METRO – 10/09/2019
10 Sep 2019

Kuala Lumpur: Babitkan penyertaan orang awam bertauliah mahupun jawatankuasa masjid bagi memantau proses penyembelihan ayam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mekanisme pemantauan berkala perlu diwujudkan demi menjaga kepentingan umat Islam.

“Selain pemantauan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kita perlu wujudkan pemantauan realistik sama ada daripada jawatankuasa masjid mahupun orang awam yang ingin membantu.

“Individu ini mestilah memahami prosedur dan syarat sah sembelihan. Mereka ini boleh memantau mana-mana premis mahupun tempat penyembelihan berdekatan mereka pada bila-bila masa.

“Cara bayaran upah mereka ini mungkin perlu difikirkan kaedah sesuai sama ada peruntukan JAKIM mahupun premis atau tempat sembelihan itu sendiri,” katanya.

Nadzim mengakui pihaknya masih menerima aduan berkaitan keraguan penyembelihan ayam di pasaran.

“Keraguan ini memang kerap kita terima. Saya tidak pasti sama ada orang Bangladesh itu layak ditauliahkan persijilan penyembelihan tetapi isunya sekarang orang kita yang sembelih pun tak betul.

“Kita juga ada terima aduan kilang yang sembelih ayam dalam kuantiti banyak secara sendiri tanpa permit sah hanya gunakan satu permit milik seorang yang bertauliah,” katanya.

Oleh itu katanya, perlunya pemantauan berkala untuk memantau segala prosedur operasi standard (SOP) aktiviti penyembelihan.

Artikel oleh: Harian Metro 

PANTAUAN BERKALA IKUT SOP