Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PELANCARAN PROGRAM KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA – PPIM – 12/6/18
12 Jun 2018

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) melancarkan program keselamatan pengguna jalan raya.

Program tersebut bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya mendapatkan khidmat towing dan bengkel kereta dengan harga yang berpatutan.

WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (1)

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program kerjasama tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada tertipu.

“Kita tidak mahu bengkel kenderaan dan penarik kereta atau towing mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna jalan raya terutama pada waktu musim perayaan,” katanya disini hari ini.

Nadzim berkata PPIM mahu Percamas menjadi tempat rujukan utama pengguna untuk memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran yang berpatutan.

WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (2) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (3)

“Selain itu kita mahu mendidik pengguna dan keluarga dikampung tentang langkahlangkah yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan,” katanya.

Sementara itu Presiden Percamas, Ramlan Ramli berkata pertubuhan itu komited bagi memastikan khidmat dan bantuan profesional oleh ahli yang berdaftar untuk semua pengguna jalan raya.

“Ahli kami ada di seluruh Semenanjung, kami menawarkan khidmat bantuan awal untuk menarik kereta yang mengalami masalah seperti kerosakan atau kemalangan,” katanya.

WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (4) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (5)

Selain itu Ramlan turut berkata ahli Percamas juga mengendalikan bengkel kenderaan bagi memastikan pengguna tidak dikenakan bayaran terlalu tinggi dan tiada pihak yang mengambil kesempatan keatas pengguna.

Percamas merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyediakan dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli callman.

Pertubuhan itu menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang dapat membantu pengguna jalanraya dan pihak berkuasa tempatan.

WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (6) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (7) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (8) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PM (9) WhatsApp Image 2018-06-12 at 4.22.38 PMTujuan utama program adalah bagi mengelak dari pengguna ditipu dan dikenakan bayaran tidak munasabah.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032 dan bagi mendapatkan bantuan kerosakan kenderaan / kemalangan boleh hubungi Hotline PERCAMAS di talian +60162576699, Terima Kasih.