Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PELBAGAI NGO HULURKAN SUMBANGAN PPE KEPADA FRONTLINER HOSPITAL KUALA LUMPUR – KOSMO – 24/09/2020
24 Sep 2020

SUMBANGAN. Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) menyumbangkan kelengkapan keselamatan diri (PPE) kepada barisan hadapan atau frontliner dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Sumbangan itu dihulurkan oleh rakan sinergi Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan Agro (Weagro) iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Royale Rich Resources, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Pertubuhan Keselamatan Sosial dan dermawan.

Pengerusi Weagro, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, penglibatan semua pihak dalam memberi sumbangan itu sangat dihargai dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada frontliner dalam memerangi Covid-19. Hadir sama ialah Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Kosmo

PELBAGAI NGO HULURKAN SUMBANGAN PPE KEPADA FRONTLINER HOSPITAL KUALA LUMPUR