Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PELITUP MUKA JUAL MAHAL, KUALITI TIDAK IKUT PIAWAIAN – ALHIJRAH ONLINE – 05/08/2020
12 Aug 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memantau dan menjadikan pelitup muka sebagai satu barangan kawalan keperluan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa yang membimbangkan adalah peniaga yang menjadikan pelitup muka sebagai ‘lubuk emas’ dengan menjual pada harga tinggi tetapi tidak berkualiti dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah Nadzim, sehingga kini pihaknya telah menerima lebih 100 aduan orang awam berhubung harga pelitup muka yang mahal, namun tidak berkualiti.

“Orang ramai ni dia tidak tahu (kualiti pelitup muka) dan ikut je ada jual ambil dan pakai,” katanya.

Ujar Nadzim pembekal atau penjual seharusnya menyatakan dengan jelas kualiti pelitup muka yang dijual agar pembeli tidak membeli produk yang tidak berkualiti dan membahayakan kesihatan mereka.

Sementara itu seorang pengguna Mastura Abdullah, yang ditemui Berita Alhijrah berkata, dia tidak kisah untuk berbelanja lebih bagi membeli pelitup muka namun alat pelindung tersebut perlu mempunyai kualiti.

“Kita ada banyak pilihan sekarang. Boleh pilih yang berkualiti dan berpatutan. Tetapi kalau benda itu mahal tetapi bagus ia tidak salah,” katanya.

Bagi seorang lagi pengguna, Abdullah Ismail, dia bersetuju untuk kerajaan mengambil tindakan kepada peniaga yang ambil kesempatan menjual pelitup muka pada harga tinggi dan membebankan.

“Sepatutnya pihak berkuasa kena ambil tindakan kepada peniaga yang ambil kesempatan pada masa ini. Maklumlah orang banyak tidak ada kerja dan dikurangkan kerja jadi peniaga perlu prihatin dengan harga jualan,” katanya. 

Artikel oleh: Alhijrah Online

PELITUP MUKA JUAL MAHAL, KUALITI TIDAK IKUT PIAWAIAN

https://alhijrahnews.com/pelitup-muka-jual-mahal-kualiti-tidak-ikut-piawaian/