Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘PELUANG PEKERJAAN, TRANSFORMASI UMMAH’ – PPIM – 07/04/2021
08 Apr 2021

Kuala Lumpur, 7 April – Satu Memorandum Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani di antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Elegance Global Trading Sdn. Bhd bagi menyepakati sebuah platform dalam membina empayar perniagaan yang bakal melaksanakan impian usahawan melayu khususnya, dari segi kebebasan, kewangan, kemewahan serta peningkatan gaya hidup ummah.

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Dato’ Nadzim Johan berkata, peluang peralihan trend yang mendorong pengguna untuk meneroka strategi baharu dalam perniagaan ini mestilah digunakan dengan sebaiknya bagi melahirkan kualiti usahawan-usahawan melayu yang berpotensi dan berkaliber untuk terus menerajui gelombang transformasi keusahawanan ummah pada masa kini.

Elegance Global Trading Sdn. Bhd yang diasaskan oleh Datin Dr. Shamsiah Yaakob berkata, usaha secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi mendorong pengguna untuk meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk dalam sistem E-dagang untuk merujuk kepada jualan produk fizikal secara dalam talian.

Mengulas perkara itu, satu platform Jutawan ‘Elegance For You’, telah ditubuhkan sebagai bentuk satu platform keusahawanan untuk setiap individu menerokai peluang pendapatan sedia ada ini yang tidak mengenal perbezaan had umur, bangsa dan juga negara.

Katanya, PPIM berharap agar masyarakat mengambil peluang ini untuk lebih bersikap proaktif dalam usaha menjana pendapatan untuk membawa sebuah perubahan taraf peluang pekerjaan demi transformasi ummah.