Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMAJU “ASAL SIAP” ANCAM NYAWA PENDUDUK – PPIM – 27/4/18
30 Apr 2018

Perak 27 APR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Biro Khidmat Aduan PPIM turun padang menyaksikan sendiri keluhan penduduk Taman Desa, Peladang Permai, Bota yang terpaksa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku pada kediaman dan nyawa mereka gara-gara tanah mendap yang telah merosakkan sebahagian besar rumah disini.

WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.41.11 PMStruktur bahagian rumah yang didiami penduduk sejak tarikh serahan kunci, 17 Oktober 2014 oleh pemaju, IP Bota Corporation Sdn Bhd mula menunjukkan tembok retak, saluran air tersumbat, bumbung condong, rekahan siling, dinding, lantai dan banyak lagi menimbulkan kegusaran apabila keadaan itu bertambah teruk meskipun pihak pemaju telah membaiki beberapa bahagian dengan cara menyimen semula selepas menerima aduan daripada penduduk sejak 2015.

WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.41.20 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.41.25 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.41.42 PMNamun, pemaju hanya sekadar melepaskan batuk di tangga apabila keadaan yang lebih teruk berlaku seperti siling jatuh, rekahan dinding pada saluran elektrik memaksa penduduk membuat aduan bertarikh 9 September 2016 kepada pemaju tetapi tidak diendahkan sehingga kini. Aduan juga telah dilaporkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk.

WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.42.03 PM“Harga rumah RM130,000, dah buat aduan tetapi pemaju buat sekejap je. Tengok macam tak nampak sangat mereka ambil berat” antara keluhan penduduk, Sharifah Norain kepada Pegawai Biro Khidmat Aduan PPIM, Raden Fatmah dan beberapa Aktivis semasa lawatan dari rumah ke rumah penduduk disini sebelum meneruskan perjumpaan bersama Majlis Daerah Tengah Perak pada hari yang sama.

WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.42.12 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.42.18 PM“Kita ada buat aduan sebab masa dapat kunci rumah, siling rumah saya jatuh mereka datang baiki tetapi banyak lagi retakan sedia ada yang tiada apa-apa tindakan daripada pemaju, mereka sambil lewa” keluh penduduk, Ibrahim Shafiee yang telah mendiami rumah terbabit dan telah membuat pembayaran sejak 3 tahun yang lalu.

“Semua ini akibat struktur tanah mendap dan retakan telah wujud awal kami masuk tetapi pemaju sekadar tampal-tampal ala kadar sahaja” ulasnya lanjut.

WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.42.58 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.44.02 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.45.41 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.46.12 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.46.42 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.46.44 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.47.10 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.47.14 PM WhatsApp Image 2018-04-28 at 1.47.18 PMAspek keselamatan penduduk yang seharusnya dititik beratkan oleh pemaju sebelum penyerahan kunci dilihat seolah-olah hanya percaturan semata-mata. Sikap acuh tak acuh pemaju dilihat bakal menimbulkan masalah yang lebih besar jika biarkan masalah ini berlarutan.

PPIM memohon semua pihak membuka mata dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk.

Nantikan video laporan penuh hanya di TV.PPIM.