Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMANDU MYVI BUAT HAL LAGI?!
20 Dec 2019

Viral di media sosial memaparkan sebuah kereta menggantikan lampu brek belakangnya dari spek asal kepada lampu berkelip-kelip. Menurut @MyCrimewatch, pemilik kereta ini harus mengetahui bahawa minatnya bakal mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain kerana dikhuatiri mengganggu fokus pemanduan.

(Sumber: My Crime Watch)

Video berdurasi 7 saat itu menjadi bualan hangat netizen diruangan komen. Rata-rata mereka menyarankan supaya pemandu terbabit menukar hobinya dan memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain kerana lampu berkenaan telah menyakitkan mata pemandu yang lain semasa memandu. PPIM berharap supaya pihak penguatkuasa mengambil tindakan ke atas pemandu terbabit atas kesalahan yang dilakukan.

#PPIMprihatin #patriot #PPIM #viral #Negaraku #JPJ #PDRM