Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMERGIAN ELYAS SATU KEHILANGAN BESAR – PPIM – 16/5/18
18 May 2018

WhatsApp Image 2018-05-16 at 8.27.06 PMKUALA LUMPUR 16 Mei – Tan Sri Elyas Omar merupakan tokoh yang amat berjasa serta memainkan peranan besar dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia merasakan pemergian bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam itu satu kehilangan besar kepada negara.

Jika dilihat daripada rekod kerjaya Allahyarham, Elyas, 82, yang merupakan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985 hingga 1993  memainkan peranan penting membantu  negara menjulang Piala Thomas pada 1992.

Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), dengan membawa pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989 selain dilantik Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan pada Januari 2005 hingga April 2008.

PPIM dengan ini ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Tan Sri Elyas Omar dan juga setinggi penghargaan atas jasa serta pengorbanan yang telah Allahyarham berikan kepada nusa dan bangsa.

Al Fatihah.

UNIT MEDIA PPIM

KAPSYEN GAMBAR: Penasihat PPIM, Datuk Jawahar Ali (berbaju hijau hitam) turut sama mengusung jenazah Elyas untuk dibawa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam DBKL di Kuala Lumpur pagi ini. – UNIT MEDIA PPIM