Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMILIK KUCING BERAK RUMAH JIRAN BOLEH DIDENDA – UTUSAN MALAYSIA – 13/01/2022
14 Jan 2022

PETALING JAYA: Pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab dengan mengganggu jiran termasuk membuang air besar boleh didenda RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurut hantaran Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), perbuatan itu boleh dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu’.

Hantaran tersebut memperincikan akta-akta yang menetapkan kesalahan bagi pemilik kucing terlibat.

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi. 

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” kata hantaran tersebut.

Jelas hantaran itu lagi, seseorang jiran berhak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman dengan hukuman denda yang dikenakan boleh sehingga RM1,000.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PEMILIK KUCING BERAK RUMAH JIRAN BOLEH DIDENDA

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/pemilik-kucing-berak-rumah-jiran-boleh-didenda/