Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMINJAM BERMASALAH DENGAN ‘AH LONG’ DIMINTA DAPATKAN BANTUAN PPIM – BERNAMA – 18/10/2016
20 Oct 2016

nadzim-johan-ahlong-1

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta peminjam yang mempunyai masalah dengan syarikat pinjaman wang atau dengan ‘Ah Long’ supaya mendapatkan bantuan pihaknya bagi memantau pembayaran balik pinjaman.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya akan memberikan bantuan dengan memantau pembayaran balik pinjaman setiap bulan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman wang untuk mengelakkan mereka daripada dieksploitasi dan ditipu.

“Pinjaman wang ini boleh mengenakan faedah paling tinggi sebanyak 18 peratus sahaja… kalau dibiarkan, mereka akan mengenakan caj sesuka hati mereka kerana ada dalam kalangan mereka memang suka menipu orang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa…..