Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENDAPAT PILIHAN : Kempen Kesedaran Skim Cepat Kaya/ Penipuan produk MLM dengan janji kosong
21 Nov 2011

From: Daniel Bin Adam <daniel.lhrt@gmail.com>
Date: 2011/11/13
Subject: Kempen Kesedaran Skim Cepat Kaya/ Penipuan produk MLM dengan janji kosong
To: muslimconsumers@gmail.com, aduanppim@gmail.com
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Saya ingin bertanya sekiranya pihak Tuan/Puan ada menjalankan kempen seperti dalam tajuk untuk menyedarkan pengguna Islam di Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.
Dewasa ini semakin banyak isu yang timbul mengenai perkara ini dan lebih banyak syarikat bertopengkan MLM wujud untuk menipu orang.
Hatta pakej umrah pun dibuat. Logiknya mudah, kalau seseorang itu hendak pergi umrah, beliau perlu mencari beberapa orang lagi yang ingin pergi umrah juga. Setelah bayaran dibuat, pakej umrah akan diberi kepada orang yang telah mencari paling banyak orang lain untuk membuat bayaran yang sama. Soalannya, pusingan ini tidak akan berkekalan, dan pasti akan ada orang yang membayar tetapi tidak mendapat apa-apa kerana dia adalah tergolong dalam orang yang terkemudian yang memasuki skim ini.
Tetapi pada mulanya, semua orang yang berminat dijanjikan dengan janji palsu dan kosong untuk pergi umrah, hanya dengan membayar sebahagian daripada harga pakej, dan selebihnya akan dibiayai oleh orang baru yang direkrut.
Bukankah ini adalah satu skim piramid secara terang-terangan. Ponzi skim yang dimulakan di Amerika Syarikat.
Semakin ramai umat Islam menggunakan agama untuk wang semata-mata, sedangkan banyak gejala sosial dan maksiat berleluasa di kalangan remaja terus menerus diabaikan. Saya khuatir Malaysia dan umat Islam di dalam negara sedang menuju ke satu jalan yang amat berbahaya jika tiada orang berbuat sesuatu mengenainya.
Harap dapat perhatian pihak Tuan/Puan. Saya doakan kita sentiasa berada di dalam rahmat dan limpah kurnia Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum.