Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGGUNA PRIHATIN SUMBANG RM130,000.00 KEPADA TABUNG PERJUANGAN PPIM UNTUK PROJEK ZERO HUNGER
17 Apr 2020

Alhamdullilah, dengan izin Allah PPIM telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM130,000.00 yang diterima dari para pengguna melalui Tabung Perjuangan PPIM kepada Projek Zero Hunger.

Kepada anda semua yang telah memberi sumbangan, jutaan terima kasih kami ucapkan. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. #AndaInsanMulia.

Projek Zero Hunger anjuran Brainy Bunch Foundation dengan kerjasama PPIM setakat ini telah berjaya membantu lebih dari 6,000 keluarga dari 80,000 permohonan untuk mendapat bantuan makanan asas dari seluruh negara. RM4.8 juta diperlukan dengan kos RM60 bagi sebuah keluarga.

Bagi anda yang ingin bersama-sama dalam usaha ini dengan memberi sumbangan kewangan, sila layari: https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB Islamic: 8600 2040 06). Rujukan: Zero Hunger

WhatsApp:
https://PerjuanganPPIM.wasap.my

Hotline: 013-2262 444

“Perjuangan Bersama Demi Pengguna”