Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar gabungan pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang bersepakat menyokong penuh pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Sementara itu, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, kewujudan pusat sedemikian sepatutnya sudah lama diwujudkan kerana ia lebih memberi manfaat kepada pengguna.

“Kewujudan pusat sebegini merupakan kejayaan kepada pengguna kerana dengan adanya kemudahan seperti ini, kita tidak perlu khuatir lagi untuk mendapatkan bekalan ayam yang halal dan bersih,” kata Nadzim dalam sidang akhbar gabungan pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang bersepakat menyokong projek itu diteruskan, di sini hari ini.

 

 

SUMBER DARI: UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pengguna-rugi-jika-pusat-penyembelihan-ayam-halal-dibatalkan-1.445581