Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGGUNA TAK BERHAK TERIMA VAKSIN TAMAT TEMPOH – PPIM – SUMBERKINI – 25/11/2021
26 Nov 2021

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah jangka hayat vaksin Covid-19 yang akan tamat tempoh tidak lama lagi.

PPIM merasakan tidak ada seorang pun pengguna berhak menerima bekalan vaksin yang telah tamat tempoh.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan adakah keputusan KKM melanjutkan sehingga enam bulan bagi vaksin jenis Pfizer dan Sinovac tidak mendedahkan sebarang risiko kepada pengguna.

“Sudahlah kita meragui status vaksin terhadap keberkesanannya dalam menjamin kesihatan manusia dan kini, kita tiba-tiba dibebankan dengan vaksin-vaksin yang tamat jangka hayatnya.

“Para pembekal vaksin sepatutnya memikul tanggungjawab termasuk menyerap kos berkaitan sekiranya ada vaksin yang telah luput tarikh.

“Kalau dalam peraturan makanan pun kita amat peka dengan tarikh luput, apatah lagi dengan bekalan vaksin yang kita tidak maklum akan tindak balasnya kerana kita tidak mempunyai apa-apa rujukan lagi tentang kesan-kesannya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, vaksin telah tamat tempoh merupakan satu kesilapan Dasar dan Perancangan KKM kerana sudah menjadi amalan dalam dunia perniagaan melarang penjualan ubat-ubatan yang telah luput tarikhnya.

Tambahnya, perlu kajian sepenuhnya dengan bukti dan tidak dengan mudah memberi kebenaran berdasarkan kelulusan ‘Badan Berkuasa Antarabangsa’ apabila melibatkan keselamatan dan kesihatan.

“Ini merupakan satu kerugian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan

itu sendiri dan kerugian akibat vaksin tidak digunakan tidak boleh diserap melalui penambahan atau pelanjutan tempoh hayat sesuatu vaksin,” tegas Nadzim.

Artikel oleh: Sumberkini

PENGGUNA TAK BERHAK TERIMA VAKSIN TAMAT TEMPOH – PPIM

https://sumberkini.my/pengguna-tak-berhak-terima-vaksin-tamat-tempoh-ppim/