Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGUATKUASAAN LEMAH DORONG JENAYAH KOMERSIAL – SINAR HARIAN – 23/11/2019
25 Nov 2019

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan sindiket penipuan antarabangsa di negara ini berpunca daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewujudan sindiket yang bersarang di negara ini sejak enam bulan lalu itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Mungkin ada pihak berkuasa yang bersekongkol dengan ketua jenayah ini melalui rasuah supaya mereka mudah melakukan aktiviti sebegini di negara kita.

“Malah gejala rasuah yang sukar dikawal pada masa kini memudahkan semua pihak untuk melakukan sesuatu jenayah meskipun mendapat halangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Nadzim berkata, tahap penguatkuasaan dan pemantauan lemah daripada pihak berkuasa terhadap aktiviti dalam talian menyebabkan sindiket tersebut menyasarkan Malaysia sebagai platform utama untuk menjalankan kegiatan tersebut.

“Di China, aktiviti dalam talian sebegini mungkin mendapat sekatan namun di Malaysia mungkin tiada sekatan secara terperinci menyebabkan mereka boleh buat apa sahaja,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah aktiviti jenayah komersial yang kian berleluasa pada masa kini.

Rabu lalu, Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan atas talian melibatkan warganegara China dalam satu operasi di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Dalam serbuan itu, seramai 680 warga China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.

Artikel oleh: Sinar Harian

PENGUATKUASAAN LEMAH DORONG JENAYAH KOMERSIAL

https://www.sinarharian.com.my/article/58655/BERITA/Nasional/Penguatkuasaan-lemah-dorong-jenayah-komersial