Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGURUSAN GALAXY AMPANG TINDAS PENIAGA – PPIM – 26 SEPTEMBER 2017
26 Sep 2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan dari Persatuan Peniaga Galaxy Ampang yang melibatkan lebih daripada 60 orang peniaga dan pemilik kedai.

Mereka mendakwa telah ditindas oleh pihak pengurusan Galaxy Ampang dan terpaksa membayar caj penyelenggaraan yang dikatakan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.

IMG_1446

Akibat dari tunggakan bil elektrik pihak pengurusan Ampang Galaxy sehingga mencecah RM 3 juta, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memotong bekalan elektrik.

Kini, peniaga terpaksa mencari alternatif sendiri bagi membekalkan elektrik dan meneruskan perniagaan.

IMG_1435

Awal pagi ini, satu Mesyuarat Agung Tahunan atau Anual Grand Meeting (AGM) telah diadakan di Hotel Flamingo, Ampang, yang dihadiri oleh pihak pengurusan dan beberapa pemilik kedai.

Suasana menjadi tegang apabila pihak pengurusan tidak membenarkan segelintir pemilik yang belum membayar caj penyelenggaraan masuk ke dalam mesyuarat berkenaan.

IMG_1415

Tambahan lagi, pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut dihalang memasuki mesyuarat berkenaan sehingga wakil dari Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner Of Buildings (COB) tiba.

IMG_1440

Satu rundingan telah diadakan bagi penetapan tarikh perjumpaan yang masih belum diumumkan kepada pemilik kedai. Perjumpaan itu bertujuan untuk merungkai segala persoalan dan rasa tidak puas hati pemilik kedai bersama wakil COB, KPKT, PPIM dan Pengurusan Ampang Galaxy.

IMG_1427

Ikuti video Live FB penuh di https://www.facebook.com/muslimconsumer4u/videos/vb.200137296705417/1593374250715041/?type=3&theater