Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIAGA MESTI ASINGKAN PRODUK TIDAK HALAL – BERITA HARIAN – 11/2/2017
11 Feb 2017

berita harian 11.2.2017

Pendedahan mengenai berus cat bulu babi oleh akhbar BH baru-baru ini amat mengejutkan dan menarik perhatian masyarakat islam. Masyarakat umumnya sama ada islam atau bukan islam memang sudah tahu dan faham bahawa babi adalah binatang yang sangat sensitif kepada orang islam.

Agama islam melarang keras umatnya terhadap ada juga perbuatan yang berkaitan dengan babi. Sama ada menyentuh kulitnya, tulangnya, bulunya dan semua organ dalamannya, sisa najis yang keluar dari perutnya dan yang lain-lain berkaitannya. Apatah lagi memakan daging atau minum air susunya.

Isu berkaitan orang islam dengan babi ini bukan isu baharu bahkan sejak lama didedahkan kepada masyarakat umum di negara ini melalui media massa dan saluran lain kerana is bersesuaian dengan komposisi masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Tujuannya sangat mudah untuk difahami iaitu mewujudkan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain,sama ada berkaitan agama,budaya dan adat resam bagi mencapai matlamat masyarakat harmoni dan perpaduan nasional.

Oleh itu isu berus cat bulu babi ini perlu ditangani segera baik dari segi penguatkuasaan undang-undang mengenai perdagangan ayau kaedah lain yang bersesuaian.

Untuk melarang dijual di pasaran mungkin kurang praktikal dan ada implikasi sosial dan politik. Lebih-lebih lagi ketika saat menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Implikasi politiknya dilihat melebihi aspek yang lain.