Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIPU KES PELABURAN DI ARAB SAUDI DITAHAN POLIS – HARIAN METRO – 10/12/2020
11 Dec 2020

Shah Alam: Polis menahan seorang wanita berusia 58 tahun yang terbabit dalam penipuan perniagaan atau pelaburan di Arab Saudi empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan di kawasan perniagaan Seksyen 13 petang semalam.

“Suspek ditahan jam 4.30 petang semalam hasil risikan dan maklumat awam.

“Dia direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, biarpun aduan diterima lebih empat tahun lalu, pihaknya terus menjalankan pemantauan bagi menjejak wanita terbabit.

“Hasil bantuan penasihat PPIM yang berada di Tanah Suci Makkah, individu itu berjaya dijejaki dan dia masih lagi menjalankan kegiatan lamanya itu.

“Maklumat yang kita ada terus kita salurkan kepada polis kerana ia membabitkan puluhan mangsa dengan jumlah kerugian jutaan ringgit,” katanya.

Menurut Nadzim, pihaknya juga sedang berusaha menyelesaikan beberapa kes penipuan yang dilaporkan sekitar 2015 dan 2016.

Artikel oleh: Harian Metro

PENIPU KES PELABURAN DI ARAB SAUDI DITAHAN POLIS

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/651827/penipu-kes-pelaburan-di-arab-saudi-ditahan-polis