Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIPUAN PAKEJ KATERING BABITKAN KERUGIAN RM1 JUTA – BERITA HARIAN – 29/12/2016
30 Dec 2016

berita harian 29.12.2016

Menjanjikan pakej murah dengan pelbagai kelainan antara taktik digunakan sesetengah syarikat katering bagi menarik perhatian bakal pengantin sebelum melarikan bayaran deposit yang diterima.

Dalam sesetengah kes,penipuan hanya disedari mangsa beberapa hari sebelum majlis persandingan sehingga jemputan hanya hadir dan pulang membawa cenderahati tanpa menjamah hidangan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM], Datuk Nadzim Johan,berkata pihaknya menrima lebih 20 aduan penipuan khidmat katering membabitkan kerugian hampir RM 1 juta di sekitar lembah Klang sepanjang tahun ini.