Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENYERAHAN MEMORANDUM KEMPEN ANTI PEMANDU MABUK KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA – SIDANG MEDIA PPIM – 30/01/2020
30 Jan 2020

Kebelakangan ini kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu bawah pengaruh alkohol semakin kerap berlaku. Ramai mangsa yang cedera parah atau mati akibat dari kemalangan yang berlaku. Ramai keluarga juga menghadapi kesukaran akibat hilang tempat berlindung. Kejadian terbaru membabitkan 11 kenderaan dilanggar di Klang.  

Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak memberi pengajaran kepada pemandu dan tidak juga membela nasib mangsa mahupun keluarga yang menghadapi tekanan dan juga trauma.  

Sehubungan itu, satu sidang media Majlis Penyerahan Memorandum (2) ‘Gerakan Anti Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol (GEMPAK) kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan di perkarangan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.