Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENYERAHAN MEMORANDUM SERTA PETISYEN TANDATANGAN TUNTUTAN PENGELUARAN WANG SIMPANAN KWSP AKAUN 1 – SIDANG MEDIA PPIM – 11/01/2022
11 Jan 2022

Sejak kebelakangan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima banyak aduan dan rungutan dari pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kesukaran hidup dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

Musibah yang dihadapi telah menjejaskan pendapatan pencarum dan kemusnahan harta benda. Susulan itu, PPIM mewakili pencarum-pencarum KWSP memohon agar permohonan bagi tuntutan pengeluaran kali terakhir wang simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one off diluluskan dengan kadar segera (bagi yang mempunyai baki mencukupi) dan jumlah rasional bagi yang berbaki RM10,000.

Sehubungan itu, satu sidang media penyerahan memorandum serta petisyen tandatangan tuntutan pengeluaran wang simpanan KWSP kepada YB Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak telah diadakan di Jalan Bukit Pantai, Bangsar Kuala Lumpur.