Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERASMIAN PEMBUKAAN MALAKAT MALL DI CYBERJAYA – DATO SRI DR HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR – 07/09/2020
08 Sep 2020

7 SEPTEMBER 2020

Malam tadi, saya hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Coach Fadzil Hashim bersama-sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Seorang anak muda dan usahawan yang mempunyai cita-cita, semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa koperasi juga mampu memiliki pasaraya yang boleh menempatkan barangan keluaran kaum Melayu dan Bumiputera.

Saya menyokong penuh visi dan misi penubuhan Malakat Mall ini dan telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan MEDAC untuk membantu dan menjayakan usahasama ini.

Pusat perniagaan yang diwujudkan ini merupakan pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim dan Bumiputera.Malakat Mall juga boleh menjadi platform untuk membantu usahawan Bumiputera dan juga koperasi memperkenal dan mengetengahkan produk-produk berkualiti mereka kepada umum.

Saya berharap agar pihak pengurusan Malakat Mall boleh bekerjasama dengan agensi di bawah MEDAC seperti SKM dan PNS dalam meningkatkan bilangan produk tempatan di pasaran.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Pengerusi SKM, Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim bin Johan, pegawai-pegawai kanan MEDAC dan juga ketua-ketua agensi MEDAC.

#StaySafe#UsahawanJanganPutusAsa

Artikel oleh: Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

PERASMIAN PEMBUKAAN MALAKAT MALL DI CYBERJAYA

https://www.facebook.com/dswanjunaidi/posts/2753535451561649