Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERCEPAT KELULUSAN IVERMECTIN UNTUK RAWAT COVID-19, GESA KUMPULAN PENGGUNA, PAKAR – ASTRO AWANI – 06/02/2021
06 Feb 2021

KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu mencadangkan agar kerajaan segera meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan yang terdiri daripada lima individu itu percaya penggunaan Ivermectin berupaya menjadi ‘senjata’ yang selamat, murah dan berkesan untuk menentang COVID-19.

Kelulusan Ivermectin juga, kata kenyataan itu, harus dibuat memandangkan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meruncing.

“Banyak persoalan yang masih belum dijawab serta data mengenai keselamatan jangka panjang vaksin eksperimental mRNA Pfizer, juga dengan masalah pengeluaran yang dihadapi oleh pengeluar berkenaan, kerajaan perlu adakan Plan B,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan media berkenaan ditandatangani oleh Dr Abd Kadir Warsi Mohamad dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Wong Ang Peng dari Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT), Datuk Shabudin Abdul Wahab dari Covid Research Centre, Asian Heritage Museum (AHM) Group, Tunku Azwil Tunku Abd Razak dari Gabungan NGO Islam (GNI) serta pakar farmakologi dan toksikologi klinikal Prof Dr Mustafa Ali Mohd.

Kenyataan itu juga menyebut Ivermectin disenaraikan sebagai ubat penting untuk anti-parasit oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan sudah diluluskan oleh Pentadbiran Ubat Kebangsaan (FDA) Amerika Syarikat, serta sudah banyak kajian yang mendapati ia sangat berkesan untuk mencegah dan merawat COVID-19.

Ivermectin dikatakan dicipta di Jepun pada 1975 dan sebanyak 3.7 bilion dos sudah diedar ke seluruh dunia.

Artikel oleh: Astro Awani

PERCEPAT KELULUSAN IVERMECTIN UNTUK RAWAT COVID-19, GESA KUMPULAN PENGGUNA, PAKAR

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/percepat-kelulusan-ivermectin-untuk-rawat-covid19-gesa-kumpulan-pengguna-pakar-281539