Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ BAKAL JADI RUJUKAN UTAMA MUAMALAT UMAT ISLAM – SIDANG MEDIA PPIM – 19/09/2019
19 Sep 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah memperkenalkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (Komuniti SPPZ).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata Matlamat utama Komuniti SPPZ ialah bagi menjadi sebuah platform yang menterjemahkan kekuatan pengguna dan peniaga Islam, khususnya mereka yang mengeluarkan zakat.

“Selain itu, kita tak mahu umat Islam dibuli dan ini perlu dilakukan dengan bijaksana tanpa menggugat kesejahteraan negara,” katanya disini hari ini.

Komuniti SPPZ akan berperanan bukan setakat platform muamalat tetapi kerjasama dan melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ahli Komuniti SPPZ akan terdiri daripada seluruh umat Islam yang bermuamalat sesama kita.

PPIM menjemput  dan mengalu-alukan semua rakan NGO, usahawan, kumpulan syarikat dan peniaga agar sama-sama menjadi tunjang kepada komuniti SPPZ ini.

Komuniti SPPZ bakal menjadi rujukan utama kepada semua umat Islam dalam urusan muamalat mereka.

Justeru, kami amat berharap rakan-rakan seperjuangan kami sudi untuk sama-sama membawa kejayaan dalam Komuniti SPPZ.

Pelancaran Komuniti SPPZ berlangsung di Pejabat Resepsi PPIM di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail pada 19 September 2019, jam 3.30 petang dengan lebih seratus orang tetamu daripada pelbagai gabungan NGO Islam, Usahawan, Peniaga dan Aktivis serta Pengguna.