Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PIM GESA RAPID PENGERANG TINGKAT ASPEK KESELAMATAN – SINAR HARIAN – 12/4/19
15 Apr 2019

Sinar Harian (PPIM gesa rapid pengerang tingkat aspek keselamatan)-01

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini, menggesa pengusaha dan pengurus Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor memperketatkan aspek keselamatan di kawasan kompleks tersebut.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, susulan kejadian letupan yang berlaku awal pagi tadi langkah proaktif juga harus dititikberatkan bagi menjamin keselamatan para pekerja dan penduduk sekitar.
“Penduduk dan pekerja diibaratkan berada di kawasan bom jangka masa yang akan meletup pada bila-bila masa.
“Situasi ini amat membimbangkan dan pihak berwajib harus bertindak segera dan apakah jaminan supaya perkara sebegini tidak akan berulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Nadzim menyifatkan, kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan menyarankan laporan penuh dimaklumkan kepada rakyat kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam.
“PPIM turut meminta pihak bertanggungjawab jangan mengambil sambil lewa dan bersembunyi di sebalik prosedur operasi standard (SOP) perhubungan awam atau polisi syarikat dan sebagainya,” katanya.
Tambah beliau, selain di Pengerang, PPIM juga menerima laporan bahawa letupan kerap berlaku terutamanya di Paka, Terengganu namun, tidak dilaporkan media.
” Antara dakwaan pekerja di sana, pihak majikan mengambil khidmat pekerja tidak mahir seperti warga Bangladesh kerana gaji ditawarkan lebih murah dan berkemungkinan tindakan ini menyumbang kepada kejadian kemalangan.
“Justeru, kita meminta pihak pengurusan mengambil serius dakwaan ini dan melaksanakan langkah terbaik bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Artikel oleh : World Times News

PPIM GESA RAPID PENGERANG TINGKAT ASPEK KESELAMATAN

https://malaysia.worldtimes.news/ppim-gesa-rapid-pengerang-tingkat-aspek-keselamatan/