Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PLATFORM ALTERNATIF TANGANI RASUAH – SINAR HARIAN – 25/7/2017
25 Jul 2017

sinar harian 25.7.2017 2

Ampang – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia tampil mengambil inisiatif melancarkan sebuah portal, My Aduan Rasuah yang memberi fokus kepada kajian berhubung isu rasuah di negara ini.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, portal berkenaan juga adalah platform menerima sebarang aduan untuk diketengahkan dan diperjuangkan.

“Bagaimanapun, ia bukan bermakna kita  mahu mengambil alih tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya vertujuan membantu agensi berkenaan.

“Portal ini lebih berfungsi kepada usaha mengumpul data dan mendapatkan pandangan masyarakat mengenai rasuah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran portal My Aduan Rasuah dan Majlis Rumah Terbuka JMM oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad di sini, kelmarin.

Azwanddin berkata, sebanyak 13,000 aduan berkaitan rasuah diterima NGO berkenaan sejak portal itu ditubuhkan pada tiga tahun lalu

“Tetapi bukan semua kes itu boleh kita berikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut sebab ia hanya data untuk kita kumpul. Sejak tiga tahun lalu beberapa kes membabitkan “Jerung”, “ikan bilis” sudah dibangkitkan kepada SPRM untuk tindakan susulan katanya.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, gerak kerja agensinya sebelum ini hanya sesi yang boleh disifatkan sebagai pemanas badan selain pihaknya akan sentiasa memberi amaran dan peringtan kepada masyarakat serta pelbagai pihak berkaitan rasuah.

“Ketika puasa dan raya, kita slow sikit (dakwa dan tangkap pelaku rasuah) tetapi baru-baru ini sudah mula panas. Saya arahkan kes Felda yang sebelum ini ditutup untuk dibuka semula bagi siasatan dan kita akan mengambil tindakan terhadap “pengkhianat”.

“Ini baru permulaan sebab Ogos dan September lagi panas,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi antara individu yang menerima sijil penghargaan kerana sumbangan dan jasa membantu masyarakat dalam majlis tersebut.