Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PLATFORM NETIZEN DAN NGO BANTU NEGARA PRU15 – SIDANG MEDIA PPIM – 03/11/2022
03 Nov 2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan dan keluhan dari rakyat mengenai ekonomi, sosial yang makin bercelaru, tiada halatuju dan dijangka makin buruk pada tahun 2023.

Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. PPIM menjadi tempat rujukan, diminta memberi nasihat dan disuruh bersama-sama menjawab persoalan rakyat;

“Siapakah patut kami pilih?” “Apa patut kami buat?” “Apa ciri-ciri calon?”

PPIM mengambil pendirian menyokong calon-calon yang daripada kumpulan mereka yang berwibawa tanpa mengira parti mengikut penilaian PPIM.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan berhubung perkara tersebut.