Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“POTONG ELAUN, KUALITI PERKHIDMATAN JATUH. PENGGUNA SENGSARA”-Toqqi
26 Dec 2019

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu rakaman video di media sosial miliknya pada 25 Disember lalu berkaitan bantahan pemotongan elaun kritikal penjawat awam mendapat sokongan penuh dari PPIM. Dalam kenyataan berdurasi 1 minit 13 saat itu juga, beliau turut mengemukakan cadangan bagi melakukan potongan gaji ahli politik dan jemaah Menteri negara untuk dijadikan contoh kepada masyarakat.

Menurutnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengkaji semula perkara ini sebaik mungkin kerana kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang membawa imej negatif menjadi persoalan kepada urus tadbir hari ini.

“Bila buat kerja dibayar elaun. Kalau elaun dipotong, ia akan membawa kesan negatif kepada taraf perkhidmatan yang sedia ada. Yang penjawat awam ini nak buat kerja. Kalau mereka ini melaksanakan kerja lebih kurang, maka berkuranglah kualiti servis atau perkhidmatan yang pengguna terima. Jadi seharusnya JPA harus memandang dari perspektif kualiti kerja yang perlu ditingkatkan. Itu yang paling penting. Sekiranya kualiti baik, maka produktiviti akan meningkat,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

“Setiap perkara yang akan melibatkan kesan yang besar perlulah dirujuk kepada pemegang saham ataupun mengambil pandangan masyarakat. Sekiranya perkara tersebut tidak diterima awam, maka ia akan menjadi kerugian kepada negara itu sendiri. Jadi sebaiknya perkara ini dikaji dan diperbetulkan sebaik mungkin supaya perkara ini tidak mendapat tentangan dikemudian hari,” tambahnya.

PPIM menggesa agar semua pihak menjadi lebih produktif dan memberikan yang terbaik dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

#toqqitegur #toqqinasihat #PPIMprihatin #Malaysiaku #2020 #JPA #PPIMsokong #Negaraku #KBS #SyedSaddiq