Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM, AGR CAPAI KATA SEPAKAT – SINAR HARIAN – 25/7/2017
25 Jul 2017

sinar harian 25.7.2017

Seri Kembangan – Perbincangan empat jam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  dan syarikat pajak kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad semalam berhubung dakwaan menganiya pemilik kenderaan itu akhirnya mencapai kata sepakat.

PPIM dan ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad, Datuk Seri C Kamaleshwaran bersetuju bekerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pemajak kereta (mangsa) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, kesepakatan itu bagaimanapun tidak bermaksud isu yang berlaku sudah selesai selagi kesemua mangsa belum mendapatkan kenderaan masing-masing.

“Hubungan baik ini bertujuan memudahkan kerja kedua-dua pihak dan harap mangsa tidak lepas tangan atas kerjasama ini,” katanya.

Semalam, PPIM dan beberapa pemilik kereta yang didakwa ditipu oleh AGR Auto Trade Holding Berhad hadir ke ibu pejabat syarikat terbabit untuk menuntut kenderaan mereka.

Rundingan yang diketuai Yusuf pada awalnya berjalan dengan aman kemudian menjadi tegang setelah berlaku beberapa percanggahan pandangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Aminuddin Megat Alias bersama pegawainya turut hadir ketika perbincangan tersebut berlangsung.

Anggota polis juga berkawal sepanjang proses perbincangan tersebut.

Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dalam usaha menyelesaikan perkara itu, pihak AGR juga bersetuju menyerahkan senarai kereta milik mangsa yang ada dibawah pengurusan mereka.

“Hari ini (semalam) mereka menyerahkan lima kereta dan 53 kunci kepada mangsa. Mangsa telah berjanji sejak awal lagi jika AGR setuju kembalikan kereta, mereka tidak mahu menuntut sebarang ganti rugi.

CARI PENGURUSAN AWAL

Sementara itu, Kamaleshwaran berkata, PPIM diketuai Yusuf datang dengan cara yang baik.

“Kita bersetuju dengan apa maklumat tentang pemajak kereta yang ada disini, saya akan serahkan. Kalau pemajak nak buat laporan polis terpulanglah, kita tidak dapat mengarahkan pembebasan kereta lain kerana ia berada dibawah perjanjian sewa dengan pihak lain.

“Selain itu, kita telah membuat laporan polis minggu lalu terhadap pengurusan lama syarikat ini sebelum diambil alih,”katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah mengambil alih syarikat pajakan ini sejak Mei lalu dan syarikat itu kini dipengerusikan oleh isterinya.

Manakala, Megat Aminuddin ketika dihubungi berkata, kes ini merupakan kes sivil.

“Siasatan telah pun selesai dan perkara ini terpulang kepada pemilik kereta untuk mengambil tindakan atau tidak kerana membabitkan kes sivil,” katanya.


PPIM, AGR capai kata sepakat oleh sinartv