Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
#PPIM PRIHATIN: HULUR SUMBANGAN KEPADA YAZIT SEARCH
14 Jul 2015

Program sumbangan kilat kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad dan pelakon veteran, Latiff Borgiba anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama badan NGO Angkatan Muda Cemerlang (AMC) dan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.
Ketua Unit Risikan & Siasatan PPIM, Sdr Mohd Effendy Kamarudin berkata sumbangan kilat ini digerakkan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung Yazit dan Latiff menjelang musim perayaan tahun ini.

Pelakon dan penyanyi tempatan, Fida turut menceriakan suasana

Kepada pihak yang ingin melawat dan menghulurkan sumbangan, boleh ziarah Abang Yazit Ahmad di Tingkat 5, Blok C, Wad 28, Bilik 13. Hospital Kuala Lumpur.