Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM BANTAH LANJUTAN TARIKH LUPUT VAKSIN – WACANA.MY – 25/11/2021
26 Nov 2021

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah jangka hayat vaksin Covid-19 yang bakal tamat tempoh tidak lama lagi.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, apakah kita yakin keputusan melanjutkan sehingga enam bulan bagi vaksin jenis Pfizer dan Sinovac tidak mendedahkan sebarang risiko kepada para pengguna?

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan

“Sudahlah kita meragui status vaksin terhadap keberkesanannya dalam menjamin kesihatan manusia dan kini, kita tiba-tiba dibebankan dengan vaksin-vaksin yang tamat jangka hayatnya.

“Para pembekal vaksin sepatutnya memikul tanggungjawab termasuk menyerap kos berkaitan sekiranya ada vaksin yang telah luput tarikh.

“Oleh yang demikian, kami merasakan tidak ada seorang pun pengguna berhak menerima bekalan vaksin yang telah tamat tempoh.

“Apabila melibatkan keselamatan dan kesihatan ianya perlu dikaji sepenuhnya dengan bukti dan tidak dengan mudah memberi kebenaran berdasarkan kelulusan oleh “Badan Berkuasa Antarabangsa” yang dilaporkan ada menyebabkan kecacatan dan kecederaan.

“Ini merupakan satu kerugian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan itu sendiri dan kerugian akibat vaksin tidak digunakan tidak boleh diserap melalui penambahan atau pelanjutan tempoh hayat sesuatu vaksin,” kata Nadzim.

Artikel oleh: Wacana.my

PPIM BANTAH LANJUTAN TARIKH LUPUT VAKSIN

https://wacana.my/ppim-bantah-lanjutan-tarikh-luput-vaksin/