Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berpendapat, Azman merupakan pemimpin dan penggerak utama kecemerlangan Op BAH yang diwujudkan sejak April 2014.

“Saya pernah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Azman dalam menerajui Op BAH.

“Jika Menteri Wilayah Persekutuan sendiri memberi sokongan, siapa yang mempunyai kuasa lebih tinggi di dalam Wilayah Persekutuan untuk mengarahkan perpindahan tersebut, takkan Perdana Menteri sendiri campur tangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan PPIM itu turut disokong 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) dan Angkatan Harapan Bersatu.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Online, wakil kepada DBKL mengesahkan pertukaran Azman. – UTUSAN ONLINE