Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM DAN PERSATUAN KEBAJIKAN AMAL SEJAGAT MINTA RAKYAT AMBIL KESEMPATAN COVID-19 SEBAGAI PUNCA PENYATUAN BUKAN PERPECAHAN – KES JENAYAH – 29/10/2020
30 Oct 2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan dari sisi positif daripada masalah pandemik Covid-19 sebagai peluang untuk semua kaum di Malaysia untuk bersatu padu memerangi wabak tersebut.

Aktivis PPIM, Nazirul berkata ketika membuat satu laporan polis bersama beberapa NGO lain terhadap Haridas Kolandavellu pengasas Defend People Right berkaitan tularnya video berdurasi 32 minit turut mempertikaikan tentang Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu.

Memetik kenyataan beliau “Ini bukan masanya untuk ajak kita bergaduh. Kalau nak gaduh besok pun kita boleh gaduh. Tapi itu bukan caranya, di Malaysia kita boleh berlainan pendapat atau pandangan tetapi ianya harus lah berlandaskan Perlembagaan dan Undang-Undang.

Beliau juga menggesa pihak Polis supaya menyiasat segera individu tersebut supaya tiada lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan lebih-lebih lagi ketika kesempitan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Artikel oleh: KES Jenayah

PPIM DAN PERSATUAN KEBAJIKAN AMAL SEJAGAT MINTA RAKYAT AMBIL KESEMPATAN COVID-19 SEBAGAI PUNCA PENYATUAN BUKAN PERPECAHAN

https://www.facebook.com/JenayahMalaysia/posts/118019483416790