Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM DEDAH DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DICEROBOH SEBELUM TERBAKAR – KOSMO – 16/9/2017
18 Sep 2017

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menolak kemungkinan berlakunya pencerobohan sebelum insiden kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini kelmarin berdasarkan rakaman 22 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di ibu pejabat persatuan berkenaan yang terletak bersebelahan pusat tahfiz tersebut.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara tersebut memandangkan kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut beliau, difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi meneliti rakaman CCTV berkenaan sejak awal pagi semalam.