Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM DESAK KENAKAN HUKUMAN MATI PADA PEMANDU MABUK – THE MALAYSIA ONLINE – 30/01/2020
31 Jan 2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam dilihat semakin meningkat dan satu tindakan tegas perlu diambil.

“Kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana sepatutnya pemandu dibawah pengaruh alkohol ini dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

“Saya rasa, kes sebegini semakin meningkat kerana mereka tidak gentar terhadap undang-undang. Sepatutnya bila berlaku kemalangan disebabkan mabuk, mereka ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

“Memandu dalam keadaan mabuk bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau perkara biasa kerana ia melibatkan kemusnahan harta benda dan mengancam nyawa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, PPIM mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen anti Pemandu mabuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Kompleks Keselamatan, Pejabat Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Abu Bakar Yahya ketika ditemui memberitahu memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri secepat mungkin.

Artikel oleh: Malaysia Online

PPIM DESAK KENAKAN HUKUMAN MATI PADA PEMANDU MABUK

https://www.themalaysiaonline.com.my/latest/2020/01/ppim-desak-kenakan-hukuman-mati-pada-pemandu-mabuk/