Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM DESAK KPDNHEP PANTAU EJEN TARIK KERETA – SINAR HARIAN – 8/8/18
08 Aug 2018

sinar ( gesa KPDNHEp pantau ejen tarik kereta) 8.8.18

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau isu salah laku individu penarik kereta atau Ejen Pemilikan Semula (EPS).

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan mendakwa ramai individu penarik kenderaan gagal mengemukakan permit EPS dan surat rasmi daripada pihak bank ketika bertugas menarik kereta.

“Ini adalah penindasan kepada pengguna…individu yang diberi kuasa dan mempunyai permit itu, wajib mengikut kod etika dan tatacara yang ditetapkan.

“Kita tidak mengetahui berapa ramai pemegang permit yang sah di seluruh Malaysia, malah kita khuatir jika ada individu menyalahgunakan permit itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setiap pemegang permit EPS harus mematuhi kod etika ketika bertugas seperti mempamerkan premit, dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan dan berpakaian kemas.

PPIM antara lain turut mendesak agar KPDNHEP mengeluarkan statistik jumlah pemegang permit sah dan permit yang ditarik balik sebagai panduan kepada pengguna.

Mengikut Akta Sewa Beli 1967(Pindaan 2010), mana-mana individu yang ingin menjalankan aktiviti pemilikan semula barangan yang terkandung dalam Perjanjian Sewa Beli, perlu mempunyai kebenaran yang dikeluarkan KPDNHEP.

Sebelum ini, tular video membabitkan ketua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang mematahkan cubaan dua penarik kereta tidak bertauliah ‘merampas’ sebuah kereta.

Nadzim berkata susulan kejadian itu ramai pengguna tampil mengadu berhubung salah laku EPS. –Bernama

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

PPIM DESAK KPDNHEP PANTAU EJEN TARIK KERETA

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ppim-desak-kpdnhep-pantau-ejen-tarik-kereta-1.865541#top