Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA JAKIM TARIK SIJIL HALAL – PPIM – 14/11/17
15 Nov 2017

Lanjutan daripada isu Standard Operating Procedures (SOP) sesetengah hotel di Malaysia yang perlu dipatuhi dan  “DIDAKWA”   lebih tinggi daripada Perlembagaan Negara dan lain-lain  peraturan/undang-undang di Negara ini. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah bermesyuarat bersama Gabungan NGO Islam dan memutuskan kata sepakat untuk meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik semula pensijilan halal yang telah dikeluarkan  kepada hotel yang dilihat MENGHINA ISLAM.

contoh-sijil-halal

“Adakah masuk akal untuk memberi sijil halal  kepada mereka yang mempersendakan Islam?” soal Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi.

NH__0068

“Adalah tidak sesuai bagi kita mengiktiraf syarikat yang menghina dan mendiskriminasi Islam dengan membenarkan syarikat terbabit terus menggunakan “Islam” demi keuntungan sebagaimana contoh mereka yang membunuh masyarakat Rohingya Islam atau mana-mana masyarakat melakukan pembunuhan atau diskriminasi.” tegas Toqqi lagi.

Sehubungan dengan itu, para pengguna diminta untuk menghantar senarai makumat hotel-hotel yang melakukan sebarang jenis diskriminsai terhadap Islam untuk dikumpulkan oleh PPIM bagi langkah senarai hitam kumpulan pengguna. Malahan, syarikat yang mendiskriminasi pekerja juga tidak layak mendapatkan sijil halal.

Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 0136116666 atau 0193591000.

Terima Kasih. [TAMAT]