Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA KERAJAAN NYATAKAN SOP ADUAN DAN GANTI RUGI KESAN VAKSIN – MALAKAT TRIBUNE – 15/04/2021
20 Apr 2021

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid-19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) , Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan perlu menyatakan saluran yang jelas supaya tuntutan boleh dilakukan penerima vaksin terbabit.

Nadzim berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada penerima vaksin dan waris yang mengalami pelbagai kesan sampingan dan tertanya-tanya bagaimana hendak menangani situasi tidak pasti itu.

“Kami terima 40 aduan setakat ini berkaitan kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19. Mereka tidak tahu nak mengadu kepada siapa. Kebanyakannya dalam kategori golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mungkin bermasalah jika nak ambil peguam.

“Kerajaan perlu jelaskan macam mana kaedah tuntutan pampasan supaya perkara berkaitan dapat diselesaikan. Nak isi borang apa, perlu hubungi siapa dan sebagainya. Jika borang tuntutan dihantar, sebutkan bila pampasan itu boleh dijelaskan.

“Dengan cara ini dapat meyakinkan lagi orang ramai bersetuju menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Nadzim, PPIM bersama barisan peguam bersedia membantu penerima vaksin Covid-19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan.

Katanya, apa yang penting kerajaan menyalurkan semua maklumat mencukupi, benar dan tepat yang diperlukan rakyat khususnya berkaitan vaksinasi Covid-19.

“Secara asasnya nak atasi berita palsu, kerajaan perlu keluarkan berita sahih. Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tangani perkara ini. Nanti takut jadi huru-hara dan orang marah,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM GESA KERAJAAN NYATAKAN SOP ADUAN DAN GANTI RUGI KESAN VAKSIN

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ppim-gesa-kerajaan-nyatakan-sop-aduan-dan-ganti-rugi-kesan-vaksin/