Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam – Semberono – 31/5/2017
31 May 2017

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.

Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna.

Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk.

http://www.semberono.com/2017/05/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/